Gallery

Zon 1 – Menutup Aurat

Dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa ingin melakukan perkara yang boleh memuaskan dan melegakan hati kita. Jika ada sesuatu yang menghalang atau menyekat kehendak kita, seboleh-bolehnya kita akan melenyapkan atau mengelak ataupun kita mencari seribu alasan supaya tidak terkena sekatan tersebut.

Tetapi sebenarnya, kita tidak terlepas daripada peraturan atau undang-undang sama ada yang telah ditetapkan oleh diri kita sendiri, manusia ataupun Yang Maha Berkuasa.

Dalam bicara ini, Kelana ingin menyentuh halangan atau sekatan ke atas kita yang berhubung dengan kawasan ataupun tempat iaitu Zon Menutup Aurat.

images (1)

Kelana menyokong penuh terhadap suruhan untuk menutup aurat ini.

Seperti yang kita sudah tahu dan faham, bagi umat Islam sama ada lelaki ataupun perempuan, secara amnya kita diwajibkan menutup aurat. Ini adalah perintah daripada Allah s.w.t. Tidak ada pengecualian untuk tidak menutup aurat bagi mereka yang telah dikenakan kewajipan ini.

Jika kita tidak mengikut perintah ini, maka berdosalah kita selagi kita berada dalam keadaan menyalahi perintah ini. Jika kita mengingkari dengan beriktikad bahawa perintah ini tidak wajib disempurnakan, maka kufurlah kita….nauzubillah.

Melihat kepada tanda zon menutup aurat ini, ia menggambarkan bahawa ada di antara kita yang masih tidak menutup aurat. Kelana rasa terkilan bila melihat muslimat yang terpaksa mengenakan pakaian lain yang telah disediakan oleh pihak masjid untuk memasuki masjid…tidak sepatutnya terjadi.

Menutup aurat bukan sahaja di zon-zon tertentu sahaja seperti di masjid-masjid tetapi juga di tempat-tempat yang lain seperti di tempat kita mencari rezeki, tempat kita membeli-belah, tempat kita menghadiri majlis-majlis dan seumpamanya di mana umat Islam diwajibkan menutup aurat.

Contohnya jika kita solat, kita boleh menutup aurat. Jika kita berihram, kita boleh menutup aurat. Kita menutup aurat kerana kita tahu, ianya diwajibkan ke atas kita untuk menutup aurat.

Mengapa tidak kita menutup aurat untuk semua keadaan, masa dan tempat yang telah diwajibkan sekiranya kita benar-benar ingin menjadi hambaNya?

One response to “Zon 1 – Menutup Aurat

  1. artikel ini insyaallah akan menambah kesedaran umat Islam supaya menutup aurat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s