Gallery

Zon 2 – Larangan Merokok

Kita akan menemui papan tanda seperti Zon Larangan Merokok atau Dilarang Merokok atau hanya simbol larangan merokok di kebanyakan tempat seperti di pejabat, restoran, sekolah, masjid, hospital, stesen petrol dan sebagainya. images (2)

Papan tanda ini diletakkan dengan pelbagai tujuan seperti untuk kesihatan, keselesaan, keagamaan dan keselamatan.

Secara umumnya, tujuan larangan ini ialah untuk kemaslahatan kita semua.

a. Kesihatan 

  • amaran oleh kerajaan Malaysia bahawa merokok membahayakan kesihatan. Pelbagai kempen telahpun diadakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
  • terkena penyakit akibat daripada merokok
  • bahaya merokok ini bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada mereka yang berada di sekeliling perokok

b. Keselesaan

  • menggangu pernafasan orang lain yang bukan perokok
  • menghasilkan bau yang tidak menyenangkan

c. Keagamaan

  • hukum merokok: haram (kebanyakan daripada ulama, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Fatwa Negeri) atau makruh (segelintir ulama). Yang paling ringan, setidak-tidaknya perokok itu mengerjakan perbuatan makruh. Walaupun tidak mendapat dosa tetapi Allah benci kepada hambaNya yang mengerjakan perkara makruh.

d. Keselamatan

  • boleh menyebabkan berlakunya letupan/kebakaran yang berpunca daripada api rokok.

Merokok juga akan menambahkan perbelanjaan harian/bulanan.

Walaupun perokok mendakwa bahawa dengan merokok, ianya boleh menenangkan fikiran, menghasilkan idea dan lain-lain lagi, sebenarnya terlalu banyak kemudaratan yang diperolehi dengan merokok.

Oleh itu, berhentilah merokok bukan sahaja di zon larangan merokok tetapi berhenti untuk selama-lamanya.

About these ads

2 responses to “Zon 2 – Larangan Merokok

  1. Saya pasti penulis artikel ini sendiri tidak merokok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s